Malaysia tidak akan terjerumus bankrap seperti Sri Langka – Zafrul

PARLIMEN — Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus seperti Sri Lanka yang berdepan dengan masalah kewangan.

Katanya, ekonomi negara masih stabil, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan keyakinan dengan prospek pertumbuhan berterusan negara.

“IMF tak pernah kata Malaysia alami masalah ekonomi yang akan mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dgn prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“ Kalau kita banding petunjuk ekonomi Malaysia dan Sri Lanka jelas bahawa ekonomi kita jauh lebih kukuh berbanding Sri Lanka, jadi kemungkinan untuk Malaysia bankrap seperti Sri Lanka amat tipis,” kata Zafrul kepada Dewan Rakyat hari ini.

Katanya IMF yakin KDNK Malaysia mampu berkembang pada pertumbuhan 5.75 peratus tahun ini.

Zafrul menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada Malaysia berdepan berkemungkinan menghadapi masalah ekonomi seperti Sri Lanka semasa waktu soal jawab menteri.

Sri Lanka menyaksikan kegawatan ekonomi yang meruncing sehingga tercetus rusuhan besar-besaran bulan ini, sehingga kerajaan digulingkan.

Rizab pertukaran asingnya menjadi sifar, dan terdapat kekurangan bekalan, khususnya, bahan api.

Di sebalik unjuran pemulihan ekonomi, Zafrul berkata negara tidak menjana pendapatan tambahan yang mencukupi untuk mewajarkan pengambilan lebih banyak hutang.

Dia menjawab soalan Ahmad yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminjam lebih banyak

Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia sedang berdepan dengan peningkatan inflasi.

Bagi mengurangkan kesan ke atas kos sara hidup kerajaan telah meningkatkan jumlah yang dibelanjakan untuk subsidi bagi produk seperti ayam, telur, minyak masak dan petrol RON95.

Zafrul berkata unjuran terbaru ialah perbelanjaan untuk subsidi akan mencecah RM80 bilion, berbanding RM31 bilion yang dianggarkan pada awalnya semasa Bajet 2022.

Bagi mengimbangi kenaikan kos, kerajaan telah memulakan usaha penjimatan dalaman, menyasarkan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada baki kos operasi kementerian dan agensi persekutuan.

BBerkaitan

Latest articles