Malaysia Tetap Bersama PM Sokong Bela Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mendedahkan secara lanjut pihak yang bertindak membut ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu membela rakyat Palestin.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demikian sebagai menjawab soalan dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) hari ini.

Terdahulu soalan tambahan dikemukakan oleh Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada pihak kerajaan akan menamakan negara luar yang bertindak mengugut Anwar.

“Saya fikir elok kita tidak namakan siapa mereka tapi seperti mana yang ditegaskan Perdana Menteri sebelum ini berkali-kali kita tidak gentar dengana sebarang ugutan yang dilakukan oleh pihak mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama Zambry menegaskan bahawa Malaysia tidak gentar dengan ugutan pihak luar terhadap Perdana Menteri.

Bahkan negara ini tetap teguh dengan pendirian Anwar yang mempertahankan rakyat Palestin yang ditindas zionis Israel.

Selasa lalu, menerusi Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Kata Anwar, beliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles