Malaysia Tak Lagi Perlukan Tun M, Anwar

 

KUALA LUMPUR: Kucar-kacir dalam negara hari ini merupakan kesan langsung dari pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun sebelum ini.

 

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah juga berkata, keadaan menjadi semakin buruk kerana tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan partinya.

 

Sehubungan itu kedua-dua Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Presiden PKR itu bukan lagi pilihan rakyat negara ini untuk mengetuai pentadbiran negara.

 

Menurut Ahli Parlimen Lenggon itu lagi, kerana ‘tangan’ Dr Mahathir dan Anwar menjadikan negara tidak stabil, ekonomi dirosakkan, politik berkecamuk dan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sistem keadilan diganggu.

 

“Semua ini mesti dihentikan. Malaysia mesti kembali diyakini. Kestabilan perlu diwujudkan.

 

“Maka, sampai masanya rakyat Malaysia menolak mereka. Kita mahu membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Kita mesti membina Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Maka atas sebab-sebab inilah Shamsul meminta rakyat merenung kehidupan mereka selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

 

“Ia mesti menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia. Mereka mesti ditolak,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles