Malaysia Perlu Sokongan Pelabur Tempatan dan Antarabangsa – Anwar

Bristol, UK  – Malaysia memerlukan sokongan daripada pelabur tempatan dan antarabangsa yang didorong oleh faktor kestabilan dan keharmonian benua ASEAN, yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada pelancaran produk oleh YTL Group UK, Anwar menekankan bahawa kestabilan politik dan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi perubahan teknologi global adalah penting untuk menarik minat serta perhatian pelabur.

“Malaysia merupakan antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia, mengambil kira dua faktor tersebut selain polisi kerajaan yang kritikal terhadap isu tenaga, kecerdasan buatan (AI), dan industri semikonduktor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau pagi ini.

Projek bernilai kira-kira £6 bilion ini adalah pelaburan strategik Kumpulan YTL yang pertama kali memasuki UK pada 2002 melalui pengambilalihan Wessex Water. Projek ini menjadi simbol kerjasama ASEAN-UK yang kukuh, dengan Malaysia memainkan peranan utama dalam mempromosikan integrasi ekonomi serantau.

Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim: “Pelaburan syarikat Malaysia seperti YTL bukan sahaja memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, malah mencerminkan komitmen kita untuk memupuk perkongsian yang mendorong inovasi dan kesejahteraan global.”

Tambah Anwar lagi, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjadi saluran kritikal untuk mengembang dan memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan UK.

Menurutnya, usaha itu dapat dilaksanakan susulan langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.

“Malah, saya memilih untuk merakamkan penghargaan saya kepada Perdana Menteri UK (Keir Starmer) kerana menyertai perjanjian CPTPP.

“Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas,” kata beliau.

 

BBerkaitan

Latest articles