Malaysia Maju, Kaya Kerana Orang Bangla, Lelaki Ini Dakwa Warganya Layak Jadi PM, Ahli Parlimen Selepas Ini

KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan kemajuan dan pembangunan yang dikecapi Malaysia pada hari ini adalah hasil titik peluh warga asing yang mencari rezeki di negara ini.

Kesanggupan mereka berjauhan daripada ahli keluarga, merentas beribu batu jauhnya dari negara asal dan bekerja misalnya di tapak-tapak pembinaan, tukang cuci dan penjual haruslah dihargai.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna mereka boleh menuntut hak yang sama rata seperti warganegara Malaysia.

Ini selepas tular satu video yang memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh memperlekeh dan menghina rakyat Malaysia sehingga mengundang kemarahan ramai di media sosial.

“Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat pagi Malaysia. Saya hormat majoriti Islam, Melayu, saya hormat undang-undang Malaysia, saya hormat kerajaan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini Malaysia sudah maju, sudah kaya kerana siapa? kerana warga asing. Ini kilang-kilang (pelabur) Malaysia, semua dari luar negara. Itu dalam kilang siapa kerja? (Kerja) kontrak, kelapa sawit, potong getah, siapa buat?

“Kebun sayur, cuci longkang, korek longkang, pagi-pagi ambil sampah, siapa buat? Betullah bayar gaji. Tapi dia (warga asing) pun ada bayar duit permit. Itu tak cakap pun bro, bangang,” ujarnya.

Lebih melampau dan biadap, lelaki Bangladesh itu juga mendakwa atas ‘jasa’ rakyatnya di negara ini, tidak mustahil mereka juga berpeluang diangkat sebagai ahli Parlimen Malaysia serta menjadi ketua negara ini, suatu hari nanti.

“Satu hari nanti, anak-anak Bangla akan jadi (ahli) Parlimen Malaysia. Ingat bro, saya beritahu sama lu (anda), anak-anak orang Bangaldesh akan jadi perdana menteri Malaysia. ini saya cakap tau.

“Orang Bangladesh, warga asing, rajin kerja… kerja keras, pandai cari duit, bukan macam hang,” ujar lelaki itu lagi.

Dalam video sama, lelaki Bangladesh itu turut menyelar seorang individu yang disebut sebagai Ustaz Sophian kerana tindakannya yang kerap menyerbu kedai-kedai milik warga asing di Pulau Pinang.

Rata-rata netizen berpendapat Ustaz Sophian yang dimaksudkan adalah pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain kerana ketegasannya memerangi aktiviti haram warga asing di negeri itu.

“Ini Ustaz Sophian, dia tak tahu apa-apa. Dalam Pulau Pinang, ada beratus kedai Indonesia dan Thailand. Kenapa dia tak serbu? Bangang. Orang Indonesia kahwin orang Melayu. Lelaki Melayu kahwin gadis Indonesia. Mereka berniaga bakso, sate, pecalele.

“Orang Siam berniaga tomyam, ikan bakar, goreng-goreng macam-macam, hang tak tahu apa, hang serbu kenapa? Warga asing, Bangla nikah gadis Melayu. Apa dia nak buat? Dia nak curi barang? Rompak, tipu orang? Tak.

“Ingat sini bangang, lu pondan. Itu pasal lu maki orang. Saya tak maki orang. Saya tak cakap kotor. Saya tak hina orang. Benda betul saya cakap. You tak tahu apa, Pulau Pinang saya tahu la macam mana,” ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles