Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim

Kerjasama dalam bidang peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi merupakan hala tuju hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian setelah menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden AS mengenai Iklim, John Kerry.

Anwar berkara, pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua tokoh itu.

“Dalam perbualan itu, saya menegaskan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju perlu menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Ia dapat dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing.

“Saya juga berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya

BBerkaitan

Latest articles