More

    Malaysia Mahu Biden Sokong Palestin

    Susulan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), Malaysia amat berharap agar pentadbiran baru negara itu dapat menyelesaikan konflik antara Palestin dan Israel.

    Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Malaysia dalam masa yang sama akan memainkan peranannya di beberapa platform antarabangsa bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin.

    Menjawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Kamaruddin menegaskan bahawa negara ini akan terus memainkan peranan di platform antarabangsa bagi memastikan kejayaan penyelesaian isu berkenaan termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

    “Sudah tentu kita mempunyai dan meletakkan harapan supaya perubahan pentadbiran di AS dan ada baca kenyataan sebelum ini. (Ia) beri sedikit harapan positif perubahan lebih baik dalam suasana Palestin-Israel.

    “Apa-apa pun kita harus berusaha supaya apa kita hajati dalam kalangan negara seluruh dunia untuk melihat Palestin wujud sebagai negara bebas, mestilah diteruskan dengan adanya pentadbiran baharu di AS.

    “Kenyataan mengenai perubahan pentadbiran di AS sebelum ini, kita dengar sedikit lebih baik,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, sama ada Wisma Putra melihat hubungan Palestin-Israel akan lebih baik di bawah pentadbiran Presiden AS yang baharu, Joe Biden, berbanding Donald Trump.

    Kamaruddin, ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, beliau berkata, dasar Malaysia dalam hubungan dan penyelesaian isu antarabangsa dilakukan, sama ada melalui kaedah pelbagai hala atau dua hala.

    Ujarnya lagi OIC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih mempunyai dan boleh memainkan peranan masing-masing dalam isu Palestin-Isreal serta penindasan ke atas umat Islam di negara itu.

    “Malaysia ada peranan penting dan akan terus dimainkan dalam OIC. Kita adalah Ahli Jawatankuasa Enam OIC mengenai Palestin serta Kumpulan Perhubungan dalam Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al Quds.

    “Ini bermakna kita ada peranan di peringkat pelbagai hala, khususnya dalam OIC, selain yakin akan capai kejayaan tanpa didesak untuk mewujudkan platform lain, jika peranan terus ditingkatkan,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini