Malaysia-Jepun Bincang Hubungan Perdagangan, COVID-19, Pelaburan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan antara perkara yang dibincangkan bersama mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada pertemuan malam tadi menyentuh mengenai hubungan perdagangan dua hala dan pandemik COVID-19.

Malah kedua-dua negara turut menyentuh isu kerjasama pelaburan, perkembangan geopolitik antarabangsa dan isu serantau.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai lawatan Abe yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun ke negara ini.

Perkembangan itu menunjukkan keakraban hubungan kedua-dua negara, terutamanya sempena meraikan ulang tahun diplomatik ke-65 Malaysia-Jepun tahun ini.

“Tahun ini ialah Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Malaysia antara satu destinasi pelaburan yang strategik dan menarik bagi syarikat Jepun.

“Dasar ini telah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia, peluang pendidikan dan latihan di universiti-universiti dan syarikat-syarikat Jepun, terutamanya dalam bidang berkemahiran tinggi dan teknologi canggih,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata Malaysia juga komited dengan inisiatif penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia yang kini dalam proses untuk dimuktamadkan.

BBerkaitan

Latest articles