Malaysia Desak Thailand–Kemboja Henti Ketegangan, Seru Rundingan Segera

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak mengambil langkah segera bagi meredakan ketegangan di sempadan Thailand–Kemboja, susulan perkembangan terbaru yang dibimbangi mampu menjejaskan usaha perdamaian sedia ada.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau kekal sebagai keutamaan Malaysia, sambil menegaskan komitmen kedua-dua negara terhadap Perjanjian Gencatan Senjata (28 Julai), Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (7 Ogos) serta Perjanjian Damai KL (26 Oktober 2025).

Beliau menyeru semua pihak kembali mematuhi Para 7 Perjanjian Gencatan Senjata yang menetapkan rundingan segera di peringkat tempatan jika berlaku konflik bersenjata, sama ada disengajakan atau tidak, bagi mengelakkan situasi meruncing.

Seruan itu dibuat selepas Thailand dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas Kemboja pada Isnin sebagai tindak balas terhadap serangan awal pagi yang mengorbankan seorang tenteranya dan mencederakan dua lagi.

Malaysia percaya dialog berterusan dan diplomasi konstruktif adalah kunci mengekalkan kestabilan serantau.

BBerkaitan

Latest articles