Malaysia Desak Penghapusan Senjata Nuklear

KUALA LUMPUR: Malaysia komited dengan Triti Mengenai Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), sekaligus menegaskan Malaysia menyokong penghapusan keseluruhan senjata nuklear.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan supaya ia tidak lagi akan dibangunkan kerana pembangunan dan kerahan penggunaan senjata nuklear terus menjadi ancaman terhadap seluruh peradaban manusia.

“Kami kecewa apabila berbilion dolar dibelanjakan untuk mengekal dan memodenkan senjata nuklear, berbanding menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

“Malaysia menyokong penghapusan sepenuhnya senjata nuklear dan memberi jaminan ia tidak akan dibangunkan lagi. Ini adalah satu-satunya jaminan susulan bencana yang meletus akibat daripada penggunaannya.

“Ke arah pengakhiran ini, Malaysia menyambut baik penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada awal tahun ini,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-76, malam tadi.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia selaku pengerusi Jawatankuasa Utama 1 mengenai Pelucutan Nuklear untuk Persidangan Kajian Semula NPT ke-10, akan berusaha membawa negara yang terbabit dalam ratifikasi itu supaya bersatu hati.

Ismail Sabri berkata, Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk memimpin pertimbangan ke arah keputusan yang membuahkan hasil.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini