Malaysia Cadang Wujudkan ‘Education Malaysia’ Di Arab Saudi Perkukuh Kerjasama Pendidikan Dua Hala

KUALA LUMPUR, — Malaysia bercadang menubuhkan Education Malaysia di Arab Saudi bagi memperkukuh penyelarasan program pendidikan serta menjaga kebajikan pelajar antara kedua-dua negara.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr ZAmbry Kadir selepas pertemuan dengan Duta Arab Saudi yang baharu, Tuan Yang Terutama Osama bin Dahil Al-Ahmadi, yang menyambut baik cadangan tersebut.

Menurut Zambry, penubuhan pusat berkenaan dilihat penting memandangkan Malaysia sebelum ini tidak mempunyai pusat penyelarasan pendidikan khusus di Arab Saudi, berbeza dengan beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom serta negara Eropah dan ASEAN yang memiliki Malaysian Student Department (MSD) atau kini dikenali sebagai Education Malaysia.

Kerajaan Malaysia dijangka menghantar note verbal kepada kerajaan Arab Saudi sebagai langkah rasmi bagi memulakan proses penubuhan pusat tersebut katanya di Sidang MEdianya di Parlimen, di sini hari ini.

Jelas Zambry lagi Education Malaysia berfungsi sebagai platform utama mengurus pelbagai program pendidikan dua hala termasuk penghantaran pelajar, biasiswa, pertukaran akademik serta kerjasama penyelidikan antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

Selain itu, penubuhan pusat berkenaan turut bertujuan memperkukuh kebajikan pelajar Malaysia di Arab Saudi serta pelajar Arab Saudi di Malaysia, memandangkan kedua-dua negara mempunyai jumlah pelajar yang besar di institusi pendidikan masing-masing.

Pusat itu lazimnya ditempatkan di bawah pengurusan kedutaan Malaysia di negara berkenaan bagi memastikan penyelarasan yang lebih efektif dalam menangani isu pendidikan dan hubungan akademik dua hala katanya

BBerkaitan

Latest articles