Malaysia Bangga Dengan Kemenangan Maryam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir atas kejayaannya meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ismail Sabri turut berdoa supaya Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Maryam merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Maryam menempa kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Kejayaannya turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini