Malaysia Antara 20 Negara Terbaik Di Dunia Urus COVID-19

Peningkatan mendadak kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini dijadikan modal oleh pembangkang untuk mempertikaikan cara kerajaan menguruskan pandemik.

Namun tahukah anda kajian sebuah badan pemikir di Australia mendapati Malaysia menduduki tempat ke-16 terbaik daripada 98 buah negara dalam menangani wabak itu.

Laporan Lowy Institute yang berpusat di Sydney menyatakan, Malaysia mendapat 71 peratus markah manakala Singapura berada di tangga Ke-13 dengan 74.9 peratus. Vietnam di tempat kedua selepas New Zealand dengan markah 90.8 peratus.

Thailand berada di tangga keempat dengan 84.2 peratus manakala Indonesia berada di tangga ke-85 dengan 24.7 peratus.

Sementara itu New Zealand berada di tangga pertama dengan 94.4 peratus manakala Taiwan di tangga ketiga (86.4 peratus).

Negara-negara lain yang berada di sepuluh tangga terbaik ialah Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sri Lanka.

Selain Indonesia, negara lain yang berada di tempat tercorot ialah Britain di tempêta ke-66, Amerika Syarikat (ke-94) dan Brazil (ke-98).

Sebanyak 98 negara itu dinilai sepanjang 36 minggu oleh badan pemikir tersebut sehingga 9 Januari lalu berdasarkan enam penunjuk, antaranya kes positif, kes kematian dan jumlah ujian saringan bagi setiap 1,000 orang.

Kajian menunjukkan negara di rantau Asia Pasifik paling berjaya mengawal penularan wabak itu, manakala Eropah dan Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan kes secara mendadak.

Berdasarkan laporan itu juga, beberapa faktor struktural didapati berkait rapat dengan kejayaan sesebuah negara dalam menangani wabak, namun tiada satu teori yang mampu merangkumkan perbezaan dalam pendekatan negara-negara terhadap krisis itu.

“Sebagai contoh, negara-negara kecil (dengan populasi bawah 10 juta orang) terbukti lebih fleksibel berbanding majoriti negara besar dalam menangani kecemasan kesihatan itu pada 2020,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun laporan itu menyatakan, tiada negara yang boleh dianggap sebagai pemenang dalam kajian tersebut.

‘’Sesetengah negara menangani pandemik lebih baik daripada negara lain, tetapi hampir semua negara bersaing antara satu sama lain hanya disebabkan sedikit prestasi kurang baik.

‘’Kesederhanaan pandemik itu di banyak negara berubah mengikut masa dengan jangkitan meningkat di negara yang menanganinya dengan baik pada peringkat awal,’’ kata laporan itu.

Laporan tersebut turut menekankan, walaupun negara kaya mempunyai lebih banyak sumber untuk melawan pandemik namun kebanyakan negara membangun mampu berdepan peringkat awal Covid-19 lebih baik berbanding negara maju.

‘’Bagaimanapun negara-negara membangun hilang arah pada penghujung 2020 dengan peningkatan jangkitan,’’ kata laporan itu lagi.

Latest articles

Related articles

spot_img