More

    Malaysia Airlines Tawar 20% Diskaun Buat Guru, Pensyarah Dan Pelajar

    Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada guru sekolah dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, bagi penerbangan domestik.

    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran yang sama turut diberikan kepada pelajar yang menjadi ahli program MH Explorer, di laman sesawang syarikat penerbangan itu.

    Mengulas lanjut beliau berkata, para guru dan pensyarah boleh mula menempah tiket penerbangan bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos bagi perjalanan pada 10 Julai sehingga 30 Nov ini.

    “Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

    “…manakala bagi pelajar pula, diskaun boleh dinikmati sehingga 30 Nov ini atau sehingga tempoh keahlian tamat, mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Ismail Sabri berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAB Izham Ismail, mengenai harga tiket penerbangan untuk golongan itu.

    “Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengurusan Malaysia Airlines atas kesudian menawarkan diskaun ini. Diharapkan syarikat penerbangan lain boleh turut serta, dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan,” katanya.

    Menurutnya, tawaran istimewa itu bertujuan memudahkan mereka pulang ke kampus dalam waktu terdekat, memandangkan institusi pendidikan akan dibuka tidak lama lagi.

    Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, sejak 1 Mei hingga semalam, seramai 1,391 pendatang asing tanpa izin dan 235 tekong ditahan, kerana cuba menceroboh sempadan negara secara haram melalui lorong tikus.

    PDRM telah menahan tujuh warga asing di sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen semalam, katanya.

    Kerajaan Akan Bincang Isu Tiket Mahal Dengan Syarikat Penerbangan

    Kerajaan Sedia Timbang Benar 100,000 Pelajar IPT Balik Kampung

    2,362 penuntut IPT zon tengah pulang ke selatan tanah air

    Latest articles

    Related articles

    spot_img