Malam Terpaling Galau Indonesia Di KL Imbau Kenangan Percintaan Penonton Yang Hadir

KUALA LUMPUR: Malam Terpaling Galau Indonesia (MTGI) yang berlangsung kira-kira empat jam di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa peminat musik Indonesia.

Pemilihan lagu-lagu popular dari negara seberang nyata mengimbau kenangan percintaan yang pahit dan manis dilalui penonton yang hadir.

Bukan cuma lagu yang bikin galau, tetapi barisan artis dan penyanyi berkumpulan yang ditampilkan juga luar biasa antaranya Nusarasa, Danial Chuer, Aishah Retno, Nastia, Amylea, Najmi Niery, Azim Teman Lelaki dan Ruang Hati.

Penganjur utama Elmielmo dan Hashtag Malaysia turut membuat kejutan apabila menampilkan penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-32 pada penghujung konsert MGI tersebut.

Hael membawakan beberapa lagu antaranya Jangan Pernah Berubah, ST12, Asal Kau Bahagia, Armada dan lagu Peluang Kedua ciptaan beliau sendiri nyanyian Nabila Razali memeriahkan lagi malam penutup MTGI itu.

Bukan itu sahaja, tinjauan The Rakyat Insight di laman media sosial juga mendapati rata-rata penonton yang hadir meninggalkan komen yang positif terhadap konsert MTGI yang berlangsung kelmarin.

“Pertama kali hadir Malam Galau Indonesia yang sering disebut-sebut oleh netizen. Sememangnya sangat galau,” tulis pemilik Twitter @farahaazli.

“Saya rasa macam dalam dunia saya semalam, terima kasih Elmielmo,” tulis @zatyismail yang turut hadir malam MTGI itu.

Malah, ada juga yang sanggup hadir dari Johor untuk menikmati MTGI di Kuala Lumpur.

“Hadir dari Johor Bharu semata-mata untuk Malam Terpaling Galau Indonesia. Sangat seronok dan galau. Berbaloi keluarkan duit,” komen pemilik Twitter @ThaqifHidayat.

Untuk rekod, MTGI yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur kelmarin menghimpunkan kira-kira 2,414 penonton yang hadir bertemakan putih dan hitam.

Elmielmo selaku penganjur utama Malam Terpaling Galau Indonesia berkata, konsert itu bakal memeriahkan Pulau Pinang pada 24 Jun depan bertempat di Autocity Penang, Juru.

“Tiket #MalamGalauIndonesia Penang akan mula dijual pada 12 Mei 2023 di laman @uber_tickets bermula jam 3 petang,” maklum beliau di laman Twitternya baru-baru ini.

 

Latest articles

Related articles

spot_img