Seorang pakar tentera dan perisikan United Kingdom, Kolonel Richard Kemp mendakwa penularan virus berbahaya Covid-19 berkemungkinan bermula dari sebuah makmal senjata di China.
Memetik laporan DailyMirror, Kemp berkata virus itu juga berkemungkinan besar digunakan sebagai senjata biologi untuk tujuan penyelidikan.
Bekas penasihat kerajaan UK itu juga percaya negara China sedang menyembunyikan fakta berkaitan virus yang telah membunuh beratus ribu nyawa di seluruh dunia.
“Berkemungkinan besar, sebagaimana saya diberitahu bahawa virus itu datang dari haiwan yang terlibat dalam ujian di Institut Virologi Wuhan sebelum tersebar di sebuah pasar basah.
“Saya mengenali sumber itu selama beberapa tahun dan percaya beliau tidak akan memberikan saya maklumat yang palsu,” kata Kemp.
Covid-19 bermula pada penghujung tahun 2019 di Wuhan, China sebelum merebak ke serata dunia sehingga ke hari ini.
Dunia masih belum menjumpai penawar bagi virus berbahaya ini.