Maklumat Nahas Pesawat Di Elmina Boleh Diakses Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata orang ramai boleh mendapatkan akses terhadap laporan pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina, Shah Alam baru-baru ini, selewatnya pagi esok.

Sebelum ini laporan berkenaan dimaklumkan hanya boleh dimuat naik kepada orang awam pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini.

“Ya, orang ramai boleh mula mengakses tragedi pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu selewat-lewatnya jam 10 pagi esok iaitu dua hari lebih awal daripada jangkaan.

“Semua fakta kemalangan ada dalam laporan itu esok dan orang ramai boleh mengetahuinya berhubung punca kejadian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi tren KLAV27 di Stesen LRT Universiti, hari ini.

Seramai 10 individu termasuk lapan dalam pesawat terbabit maut, dalam nahas yang berlaku pada 17 Ogos lalu.

Untuk rekod pesawat ringan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, terhempas dalam tempoh dua minit sebelum ia mendarat.

Nahas berkenaan turut mengorbankan seorang anggota Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Rakaman suara 30 minit dalam komponen memory puck pesawat yang berjaya ditemui itu diekstrak di makmal di Amerika Syarikat.

Hasil daripada ekstrak itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.

BBerkaitan

Latest articles