Makan Dengan Tangan Atau ‘Chopstick’ Bukan Penentu Berjiwa Malaysia Atau Tidak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap individu di negara ini perlu belajar kesungguhan dari orang Cina dalam bidang keusahawanan sehingga mereka berjaya dan bertahan meskipun dalam tempoh yang sukar.

Tegasnya lagi, perbezaan budaya, contohnya penggunaan tangan atau penyepit ketika makan tidak memberi kesan kepada pembinaan bangsa Malaysia.

Ujarnya lagi, asalkan dalam hati dan fikiran setiap individu di negara ini memiliki jiwa rakyat Malaysia yang sejati.

Najib berkata demikian bagi menjawab analogi ‘chopsticks’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengulas mengenai proses asimilasi kaum Cina di Malaysia.

Lebih lanjut, Najib berkata sebarang pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19 akan bergantung kepada kekuatan yang wujud untuk menyumbang kepada proses kemahiran itu.

“Jika 2021 adalah tahun dunia mengubah arus menentang wabak COVID-19, 2022 akan dikuasai dengan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan realiti baharu selepas pandemik.

“Ia perlu menekankan keperluan untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, menyediakan skim perlindungan sosial dari awal hingga ke akhir hayat, meningkatkan pendapatan penduduk bandar dan luar bandar, mengecilkan jurang pengagihan pendapatan dan menghalang polarisasi kekayaan.

“Kita mesti melihat di luar kebiasaan sambil menjamin kestabilan dan keamanan dalam mewujudkan keadaan yang lebih inklusif dan adil bagi orang ramai untuk meningkatkan keupayaan pembangunan mereka serta membentuk persekitaran yang memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk menjalani kehidupan yang bermaruah,” katanya ketika berucap pada 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir berkata orang Cina telah mengekalkan budaya dan cara hidup mereka di Malaysia, dengan menyebut penggunaan penyepit dan bukannya “mengguna pakai cara rakyat Malaysia” dengan tangan.

Bagaimanapun kenyataan bekas Perdana Menteri itu disanggah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dengan mengingatkan Dr Mahathir bahawa Mahathir bahawa orang bukan Melayu perlu disepadukan, bukan diasimilasikan, ke dalam Malaysia.

Guan Eng juga mendakwa kenyataan Dr Mahathir itu amat menyinggung perasaan orang Cina.

BBerkaitan

Latest articles