Majlis Ulama UMNO Ingatkan Parti Politik Elak Kempen Guna Isu 3R

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara, semua parti politik diminta tidak mencemarkan tempoh berkempen dengan menggunakan isu yang sensitif terutamanya mengenai agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Peringatan itu ditegaskan Majlis Ulama UMNO sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Mendesak agar sebarang bentuk penghinaan kepada institusi diraja diambil tindakan yang tegas menurut lunas undang-undang negara kerana ia akan menggoyahkan keutuhan kesetiaan dan ketaatan kepada sultan dan raja Melayu yang menjadi tonggak ulil amri di negara ini,” kata Majlis Ulama UMNO selepas mengadakan mesyuarat kali kedua, semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Dusuki Ahmad.

Bukan itu sahaja, Majlis Ulama UMNO juha menggesa orang Islam supaya mengamalkan politik sihat dan matang yang bebas daripada unsur fitnah.

“Mengamalkan politik kepartian yang sihat dan berakhlak dengan mengelakkan politik fitnah, mengadu domba, mengejek, merendah-rendahkan, maki hamun serta mencela sesama muslim dan rakyat dengan menjadikan peringatan Allah dalam Surah al-Hujurat Ayat 11 dan 12 sebagai panduan,” tambah majlis berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles