Majlis Tertinggi PN Setuju Tubuh Majlis Presiden

Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional semalam bersetuju untuk mewujudkan Majlis Presiden gabungan berkenaan yang akan dianggotai kesemua ketua parti PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Majlis Presiden akan menjadi satu platform untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Tambahnya lagi, mesyuarat yang dihadiri empat presiden parti komponen itu juga memutuskan PN akan segera melaksanakan program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat.

Mesyuarat MT itu dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee; dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Pengerusi PN bersama semua ahli MT yang lain.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini