Majlis Presiden PH Setuju Usaha Tukar Kerajaan, Naikkan Anwar

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan semalam bersetuju dengan langkah pembentukan kerajaan yang baru selepas Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti yang kukuh.

Mesyuarat semalam yang dipengerusikan Anwar itu juga turut membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Majlis Presiden PH turut mengajak rakyat untuk berusaha menegakkan keadilan, memerangi rasuah dan memperbaiki institusi seperti badan kehakiman.

Mereka juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah yang baru-baru ini menjalani rawatan kesihatan.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...