Majlis Paralimpik Malaysia Sambut Baik Program ‘Road To Tokyo’

Dalam usaha memantau tahap kesihatan dan keselamatan atlet, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerima cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menyatukan kesemua atlet program Road To Tokyo dalam latihan pusat khas selepas sambutan hari raya nanti.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung MPM, Laksamana Pertama (B) Datuk R. Subramaniam, beliau menyifatkan ia sebagai usaha yang efektif dan pendekatan terbaik bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan atlet.

Subramaniam berkata semasa perjumpaan secara maya dengan Reezal Merican baru-baru ini, pihaknya menyampaikan maklumat terkini persiapan yang sedang dilakukan serta cabaran yang dihadapi ekoran pandemik itu.

Katanya pelaksanaan latihan secara berpusat tersebut membolehkan MPM menjalankan latihan secara teratur mengikut garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keprihatinan Menteri meyakinkan penggerak sukan para di negara ini bahawa kami akan sentiasa mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya dari kerajaan bagi terus membangunkan dan mengembangkan sukan para ke seluruh pelosok negara,” katanya.

Isnin lalu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan bercadang menghantar kertas kerja kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan latihan pusat sukan berprestasi tinggi RTT di beberapa gelanggang tertentu di seluruh negara.

BBerkaitan

Latest articles