Majlis Media Malaysia Dimuktamad, Senarai Ahli Lembaga Pengasas Diumum

KUALA LUMPUR: Landskap media Malaysia memasuki fasa baharu hari ini apabila Majlis Media Malaysia secara rasmi menamakan ahli lembaga pengasasnya yang merangkumi wakil penerbit, profesional media dan kumpulan berkepentingan awam.

Dalam satu kenyataan, lembaga pengasas memaklumkan permohonan keahlian bagi menyertai majlis tersebut akan dibuka awal Ogos dan ditutup pada akhir September ini.

Usaha ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kebebasan media serta memastikan industri terus lestari.

Berikut senarai lengkap ahli lembaga pengasas:

Wakil pemilik media
• Phyllis Wong (Utusan Borneo)
• James Sarda (Sabah Publishing House)
• Premesh Chandran (Malaysiakini)
• Ashwad Ismail (Astro Awani)

Profesional media
• Teh Athira Yusof (Kesatuan Kebangsaan Wartawan)
• Radzi Razak (Gerakan Media Merdeka)
• Ronnie Teo (Persatuan Wartawan Bahagian Kuching)
• Muthameez Manan (Persatuan Media Tamil)

Wakil berkepentingan awam
• Gayathry Venkiteswaran (Universiti Nottingham Malaysia)
• Celine Lim (SAVE Rivers)
• Terence Ooi (Wiki Impact)
• Azmyl Yunor (Universiti Sunwa).

Kerajaan juga berhak melantik dua wakil tambahan bagi melengkapkan lembaga ini.

Dalam mesyuarat pertamanya, lembaga turut bersetuju melantik Premesh Chandran sebagai pengerusi interim sementara menunggu pemilihan penuh yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami sedar penubuhan majlis ini bukanlah penyelesaian mutlak. Untuk membina sebuah institusi yang benar-benar berwibawa dalam mempertahankan kebebasan media dan kelangsungan industri, ia memerlukan penglibatan aktif dan komitmen tinggi daripada semua pihak berkepentingan,” kata Premesh.

Pemilik media, wartawan, individu dan organisasi yang terlibat dalam ekosistem media dijemput memohon menjadi ahli melalui portal rasmi www.majlismedia.my dengan yuran permulaan hanya RM10.

Majlis juga memaklumkan mesyuarat agung tahunan pertama (AGM) akan diadakan pada 7 November ini di Kuala Lumpur, yang bakal menyaksikan pemilihan lembaga baharu serta perbincangan penting mengenai struktur yuran keahlian, kod etika industri, mekanisme aduan, belanjawan dan undang-undang kecil majlis.

BBerkaitan

Latest articles