Majikan Dipenjara Kerana Sepak, Ludah Pembantu Rumah

Seorang pembantu rumah dari indonesia, Sulis Setyowati, 24, yang menjadi mangsa dera majikannya seperti disepak dan diludah sehingga menyebabkan dirinya nekad melarikan diri dengan turun dari tingkat 15 melalui balkonu, akhirnya menarik nafas lega selepas pelaku tersebut dijatuhi hukuman penjara.

Suspek, Nuur Audadi Yusoff didakwa di Mahkamah Singapura kerana mendera pembantu rumahnya berkali-kali, termasuk menampar muka dan menarik rmabutnya alam kejadian antara Januari dan April 2018 serta dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dua minggu.

Berita Harian Singapura melaporkan, ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Ronald Gwee berkata, kekasaran fikizal dan mental yang dilakukan Nuur mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku.

Hakim Gwee juga mendapati Sulis membahayakan nyawanya dengan melarikan diri daripada seksaan itu.

Hakim menegaskan hukuman berat adalah perlu untuk memberikan mesej bahawa sikap kejam seperti yang dilakukan Nuur tidak dapat diterima.

Malah Nuur memberi Sulis lebih SGD$7,000 sebagai pampasan beberapa hari lalu.

Warga Singapura berusia 31 tahun itu mengaku bersalah pada September lalu terhadap enam tuduhan mengasari pembantu rumah berkenaan.

Sembilan lagi dakwaan, yang serupa kesalahannya, telah diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.

Sulis mula bekerja dengan keluarga Nuur di Yishun pada Disember 2017.

Berdasarkan keterangan, kira-kira sebulan selepas memulakan tugas, pada tengah malam, Nuur terjaga kerana terdengar tangisan anaknya dan dia mendapati Sulis lupa menyapu minyak ke perut kanak-kanak itu.

Nuur kemudian menyepak pembantu itu dan meludahnya sebanyak dua kali.

Penderaan itu berterusan pada Februari 2018 dengan tindakan seperti mengheret pembantu rumahnya itu dengan menarik rambutnya.

Apabila Sulis meminta dipindahkan ke majikan lain, Nuur berjanji untuk tidak memukulnya lagi.

Tetapi penderaan berterusan pada 21 April tahun sama selepas dia melihat gambar-gambar anaknya di telefon bimbit Sulis dan pembantu rumah itu telah memuat naik gambar anak-anaknya di Facebook.

“Tertuduh kesal melihat gambar-gambar itu. Dia marah dan menampar wajah mangsa dengan telefon dan tangannya beberapa kali sebelum melemparkan telefon ke lantai menyebabkannya retak.

“Mangsa mengalami pendarahan di mukanya dan ada tanda kemerahan,” kata Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En.

Mahkamah mendengar bahawa Nuur merampas telefon bimbit itu dan menyerang pembantu itu hampir setiap hari selama kira-kira seminggu selepas kejadian itu.

Pada 29 April 2018, Sulis berjaya mengambil telefon bimbitnya dan menyembunyikannya ketika dia ingin menghubungi agensinya untuk memohon berpindah majikan.

Ketika Nuur menyedari bahawa telefon itu hilang, dia menyoal pembantu itu dan menggunakan sikat untuk mencucuk dahi Sulis dengan kuat, menampar wanita itu dan menarik rambutnya.

Pada malam itu, Nuur mengarahkan Sulis tidur di ruang tamu dan dia mengunci pintu bilik pembantu rumahnya serta pintu depan flat untuk menghalangnya daripada melarikan diri.

Keesokan harinya Nuur menarik rambut Sulis dan menendang kepalanya beberapa kali sebelum berangkat ke tempat kerja.

Ketika Nuur pulang ke rumah pada malam itu, dia memanggil Sulis sebagai ‘pelacur’.

Nuur juga bertanya kepada pembantu rumah itu apakah dia ingin menggoda suaminya kemudian menjadi marah apabila Sulis, yang kebingungan, menjawab “Ya, Bu”.

Nuur kemudian menggunakan penyapu untuk berulang kali memukul kepala dan belakang badan Sulis.

Sulis kemudian melarikan diri sekitar jam 2 pagi keesokan harinya, melalui balkoni kerana pintu depan terkunci dan turun sepanjang 15 tingkat.

 

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...