Majid Di Afrika Selatan Dilarang ‘Kuatkan’ Laungan Azan

 

Akibat aduan daripada penduduk setempat, sebuah masjid di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan dilarang menggunakan pembesar suara luar untuk melaungkan azan.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Afrika Selatan pada Jumaat lalu.

Ketua Jaringan Muslim Afrika Selatan, Faisal Suliman menyifatkan penghakiman terhadap Institut Islam Madrasah Taleemuddeen itu sebagai satu keputusan yang lemah dan pihaknya akan mengemukakan rayuan.

“Ini akan diadili hingga ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Aduan tersebut dikemukakan Chandra Ellaurie, yang beragama Hindu dan tinggal berhadapan masjid yang kemudiannya meminta agar mahkamah mengeluarkan arahan menghentikan azan dan seterusnya menutup masjid berkenaan.

Ellaurie memberi alasan bahawa bunyi azan mengganggu haknya ketika berada di kediamannya.

Hakim mahkamah kemudiannya memberi justifikasi bahawa jarak kediaman pengadu dengan masjid sebagai menyokong aduan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan supaya masjid memastikan panggilan untuk solat tidak didengari di kawasan rumah pemohon dan mengehadkan setiap azan kepada 3 minit.

Suliman berkata, ia adalah kes pertama melibatkan seseorang pergi ke mahkamah untuk menghentikan fasiliti agama daripada melaksanakan sebahagian daripada ritualnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini