Mahu Teliti Isu Gabung, BN Mohon Tangguh Mengadap Agong

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi masih kekal dengan keputusan tidak memihak sama ada kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu seramai 30 ahli Parlimen BN memohon penangguhan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Hal penangguhan itu disahkan oleh beberapa ahli Parlimen yang hadir mesyuarat berkenaan.

Antaranya, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

“Kita belum pilih siapa-siapa, kalau boleh kita minta tangguh sebab kita sudah beritahu Istana Negara untuk menghadap Agong esok sebab kita nak meneliti beberapa perkara lagi.

“Kita minta Istana Negara boleh tangguh atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum meninggalkan Lobi Menara Dato’ Onn, malam tadi.

Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup, sambil menambah BN akan mengeluarkan kenyataan sama ada dibenarkan membuat penangguhan menghadap Agong atau sebaliknya.

“Kita masih belum buat keputusan. Kita akan buat keputusan selepas selesai perundingan, perundingan belum selesai. BN akan keluarkan kenyataan sama ada sesi menghadap Agong masih berlangsung atau tidak,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles