Mahmud Jumaat Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

KUALA y: Peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman selama seminggu sejak 1 Jun lalu, Mahmud Jumaat mengumumkan penarikan dirinya sebagai peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu.

Paguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kes-kes lain yang sedang dikendalikannya.

“Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 6 Disember lalu di Apartmen Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak austisme ditemui di saliran air tebing sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam selepas polis daerah Petaling Jaya bersama penduduk setempat memulakan operasi pencariannya.

Kes yang pada mulanya diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut kemudian mula disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil laporan bedah siasat mengesahkan mangsa dibunuh selepas menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 6.30 petang oleh keluarganya.

Mahmud dilantik keluarga pasangan suami isteri itu selepas mereka ditahan polis di kediaman keluarga di Puncak Alam pada Jumaat lalu.

BBerkaitan

Latest articles