Mahkamah Tolak Tuntutan Keahlian, Jawatan Tun M Dan 5 Yang Lain Dalam Bersatu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan injuksi ad-interim Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima bekas pemimpin Bersatu yang lain.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan mereka gagal mengekalkan keahlian dan jawatan yang dipegang semasa di dalam parti berkenaan.

Selain Dr Mahathir adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah dan Marzuki Yahya.

Permohonan ad-interim dilakukan sementara menunggu permohonan injuksi utama kedua-dua pihak pada 9 Julai depan.

Hakim Rohani Ismail menolak permohonan injuksi ad-interim untuk beberapa deklarasi sementara menunggu perbicaraan injuksi inter parte berhubung saman mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dua lagi.

Untuk rekod, keenam-enam mereka mengemukakan saman terhadap perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan berkenaan pembatalan keahlian mereka.

BBerkaitan

Latest articles