Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Untuk Lucut Hak Wang Jakel Dan BN Johor

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM1.31 juta daripada Jakel Trading dan Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, didakwa ada kaitan dengan skandal penipuan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jakel Trading dan BN Johor Bahru didakwa menerima wang itu daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masing-masing berjumlah RM628,314 dan RM677,872.55.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas menimbangkan afidavit dan hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Samihah Rhazali dan TPR Mahadi Abdul Jumaat memberitahu mahkamah mereka akan memfailkan permohonan rasmi untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan, dalam tempoh 14 hari dari hari ini.

Peguam Thevini Nayagam dan Habizan Habeeb Rahman mewakili Jakel Trading manakala BN Johor Bahru diwakili peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros.

Pada Jun tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman sivil untuk pelucutan hak terhadap 41 entiti, terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun Najib – Bernama

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini