Mahkamah Tangguh Bicara Pindaan Audit 1MDB Kerana Peguam Jalani Ujian Covid-19

Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, sehingga esok berikutan seorang peguam menjalani ujian COVID-19.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu keputusan ujian salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan Najib yang dijangka diperoleh pada 10 pagi esok.

Peguam terbabit mengalami demam panas dan batuk sebelum menjalani ujian COVID-19 di klinik, pagi ini.

BBerkaitan

Latest articles