Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Penangguhan JMB Icon Residence Mont Kiara Dengan Kos

Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan penangguhan yang difailkan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Icon Residence Mont Kiara berhubung penguatkuasaan anugerah Tribunal bertarikh 5 April 2024.

Permohonan yang difailkan oleh JMB pada 3 Disember 2024 bagi menangguhkan pelaksanaan anugerah Tribunal sementara menunggu keputusan rayuan mereka terhadap penolakan permohonan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 24 Februari 2025 memutuskan bahawa tiada asas untuk menangguhkan anugerah tersebut kerana ia hanya menolak tuntutan JMB di Tribunal.

Keputusan mahkamah turut memerintahkan ahli jawatankuasa JMB, iaitu Liu Weike, Seow Choo Kiong, dan Chu Wen Ling, untuk membayar kos sebanyak RM5,000 kepada pihak responden.

Dengan keputusan ini, Perbadanan Pengurusan (MC) Icon Residence Mont Kiara kekal bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan kediaman tersebut.

BBerkaitan

Latest articles