Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara Terhadap Bapa Tiri Rogol Anak Dari 99 Tahun Kepada 39 Tahun, Sebat 24 Kali Kekal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengurangkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki yang melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya daripada 99 tahun kepada 39 tahun.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Bhupindar Singh melalui penghakiman bertulis bertarikh 18 Disember lalu yang diperoleh pihak media daripada laman web mahkamah.

Menurut fakta kes, remaja berkenaan menjadi mangsa amang seksual bapa tirinya sejak berusia 10 tahun dan berlarutan kepada perlakuan sumbang mahram ketika berusia 14 tahun.

Lebih teruk apabila tertuduh mengugut untuk menyebarkan video perbuatan terkutuk itu kepada rakan-rakan mangsa selepas anak tirinya itu mengugut mahu mendedahkan kejadian berkenaan kepada ibunya.

Jenayah seksual itu dilakukan di sebuah rumah di Seberang Lahat, Perak pada waktu berlainan sejak Jun 2017, malah berlanjutan ketika mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bandar Seri Botani, Ipoh pada waktu-waktu berlainan di antara April 2021 dan Julai 2022.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila mangsa tinggal bersendirian di umah Bersama tertuduh apabila ibu mangsa keluar bekerja.

Bapa tirinya juga pernah mengugut untuk memukul mangsa dan ibunya jika perkara itu didedahkan.

Mangsa yang tidak tahan selepas dipaksa melakukan persetubuhan beberapa kali, bertindak mengadu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.

Menerusi keputusan penghakiman itu juga, Hakim bagaimanapun mengekalkan hukuman sebatan maksimum 24 kali terhadap lelaki itu selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman.

Dengan keputusan itu, lelaki berkenaan akan dibebaskan dari penjara ketika berusia 66 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Bhupindar berkata, perayu yang berusia 40 tahun ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, akan dibebaskan pada usia 139 tahun jika selesai menjalani hukuman selama 99 tahun.

“Meskipun mendapat pengurangan satu per tiga daripada keseluruhan hukuman penjara, dia akan dibebaskan pada usia 106 tahun.

“Mustahil untuk hidup pada usia yang begitu lanjut kerana statistik rasmi kerajaan menunjukkan purata jangka hayat seorang lelaki Malaysia ialah 73 tahun,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles