​KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar notis serta perintah penggantungan kegiatan gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Prosiding itu dikendalikan oleh peguam Ivanpal Singh Grewal yang mewakili pihak pemohon, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan bertindak bagi pihak responden.
​Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi (Bidang Kuasa Khas 2), Datuk Azizan Md Arshad menolak permohonan PN untuk mendapatkan perintah penangguhan sementara (interim stay) terhadap keputusan RoS itu pada peringkat ini.
Beliau memutuskan bahawa terdapat persoalan yang boleh dihujahkan berhubung skop kuasa dan kewajipan undang-undang RoS di bawah Akta Pertubuhan 1966, terutamanya sama ada perintah penggantungan itu sah dari segi undang-undang apabila ia menyekat penglibatan PN dalam seluruh proses pilihan raya merangkumi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal menjelang.
​Menurut beliau, isu-isu terbabit merangkumi sama ada tindakan RoS constitutes keputusan muktamad, hak kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta implikasi terhadap PN sebagai sebuah parti politik wajar diperiksa dan dihujahkan secara terperinci pada peringkat pendengaran substantif kelak.
​Dalam pada itu, mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan kesuntukan masa yang dihadapi pihak pemohon menjelang tarikh penamaan calon pada 31 Oktober ini, lalu menetapkan tarikh pendengaran permohonan penangguhan inter-parte pada 22 Februari 2026 jam 11 pagi. Bagi melancarkan prosiding, mahkamah mengarahkan Jabatan Peguam Negara memfailkan afidavit jawapan sebelum atau pada 19 Februari 2026, manakala pemohon perlu memfailkan afidavit balasan pada tarikh yang sama.
​Seterusnya, kedua-dua pihak diarah menyerahkan hujah bertulis secara serentak pada 21 Februari 2026 sebelum pendengaran dijalankan pada 22 Februari 2026.
Hakim Azizan turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi jadual yang ditetapkan dan menegaskan mahkamah akan meneruskan pendengaran kes sekiranya terdapat pihak yang gagal mematuhi arahan tersebut.
​Hadir sama pada prosiding tersebut ialah Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.










