Mahkamah Benar Najib Periksa Barangan Yang Dirampas Dari Pangsapuri

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk memeriksa barangan yang dirampas polis daripada sebuah unit pangsapuri mewah di Pavilion pada Mei 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah daripada peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah, dan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin.

Antara barangan yang dibenarkan untuk diperiksa Najib adalah jam, beg tangan dan cermin mata hitam.

Jamil berkata kebenaran boleh dilakukan bersama seorang peguam, selain sebagai kaedah untuk Najib membela diri.

Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk memeriksa barangan berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles