Macau Scam: Polis Rampas RM2.5 Juta Di Kediaman

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata wang tunai berkenaan yang dipercayai disimpan untuk proses pengubahan wang haram adalah hasil daripada kegiatan mempromosikan aktiviti pelacuran secara dalam talian di negara China.

Terdahulu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu satu unit kediaman di sebuah kondominium di Bandar Hussein Onn, Kajang, sekitar jam 2 petang semalam.

“Hasil serbuan pertama itu, pihak polis menahan lapan warga China termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 28 tahun selain merampas dua komputer riba, 15 telefon bimbit dan dua kertas catatan jadual kerja harian.

“Siasatan awal mendapati kediaman berkenaan dijadikan sebagai ‘calling centre’ untuk mempromosikan aktiviti pelacuran untuk pelanggan di China,” katanya malam tadi.

Huzir berkata sindiket itu turut bekerjasama dengan rakyat tempatan dan dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian atau Macau Scam.

“Susulan dari serbuan pertama itu, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Jalan Desa Bukit Tiara, Taman Taynton View, Cheras dan menahan lapan lagi individu.

“Dalam serbuan ini pihak polis menemui wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang disimpan dalam beberapa bagasi di beberapa bilik berasingan,” katanya.

Pihak polis percaya wang berkenaan akan digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kalau wang tunai ini adalah dari hasil yang sah mereka pastinya menyimpannya di bank atau agensi kewangan yang sah, namun apabila mereka menyimpannya dalam rumah ini berkemungkinan wang dari aktiviti yang salah,” katanya.

Dalam serbuan kedua itu pihak polis merampas tiga komputer riba, empat telefon bimbit serta sejumlah kecil pil dipercayai dadah.

Katanya, pihak polis juga mengesan adanya aktiviti pelaburan jenis mata wang krypto dalam komputer riba yang dirampas.

“Polis juga yakin sindiket ini menjadikan negara ini sebagai hub panggilan serta menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai koordinator bagi menyediakan kelengkapan komputer, kediaman, untuk melancarkan aktiviti promosi pelacuran, penipuan serta judi dalam talian untuk sasaran mangsa di China,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...