Macau Scam : Pengurus Bank Pun Kena Tipu, Hilang Hampir RM2 Juta

Seorang Pengurus Bank di ibu negara menjadi mangsa penipuan sehingga wangnya hampir RM2 juta hasil penjualan saham, pinjaman peribadi, simpanan dan simpanan tetap serta penjualan polisi insurans miliknya lesap dek kena tipu sindiket Macau Scam.

Mangsa terpedaya selepas terima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Pegawai Polis di Petaling Jaya pada pukul 5.52 petang, 5 Mei lepas.

Pegawai polis itu mendakwa mangsa terbabit dengan satu kes langgar lari dan menyebabkan kematian di tempat kejadian, namun mangsa menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, mangsa mula panik apabila dia dikatakan mempunyai rekod lampau berkaitan dengan kes penggubahan wang haram.

BACA JUGA : SPRM Sudah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti, Ahli Perniagaan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mangsa kemudian menerima satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp berkenan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

“Mangsa kemudian diminta membuka satu akaun bank tempatan bagi membolehkan mangsa memindahkan semua wangnya yang berada di akaun bank miliknya ke akaun bank baharu itu.

“Ia konon bertujuan untuk siasatan dijalankan Bank Negara untuk mengenal pasti sama ada mangsa benar-benar terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram atau sebaliknya.

“Mangsa akur dengan arahan itu dengan membuka satu akaun bank tempatan pada keesokannya (6 Mei),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, mangsa mengeluarkan semua wang memindahkan ke akaun bank baharu berkenaan.

“Mangsa juga diminta supaya tidak membuat sebarang semakan dengan bank berhubung sebarang transaksi di akaun berkenaan daripada Mei sehingga September lalu kononnya bagi membolehkan Bank Negara menjalankan siasatan.

“Dia turut dijanjikan akan menerima satu surat pengesahan sama ada didapati bersalah atau tidak pada penghujung September atau selewat-lewatnya pada awal Oktober ini dan semua wang itu akan dikembalikan jika dia tidak bersalah,” katanya.

Bagaimanapun, wang itu akan dirampas dan akan menjadi hak milik kerajaan sekiranya mangsa didapati terbabit dengan kegiatan itu.

“Mangsa mula curiga kerana sehingga semalam, dia masih belum menerima surat yang dijanjikan itu sebelum mangsa ke cawangan bank tempatan untuk membuat semakan dan mendapati wang mangsa berjumlah RM1,979,976 dikeluarkan secara berperingkat.

“Selepas menyedari menjadi mangsa penipuan, mangsa membuat satu laporan polis berhubung perkara itu, semalam,” kata Nik Ezanee.

Menurut Nik Ezanee lagi, orang ramai dinasihatkan terus menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 sekiranya menerima panggilan telefon sedemikian bagi memastikan kesahihannya.

“Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan pemanggil tanpa menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit terlebih dahulu.

“Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah sedemikian,” kata beliau.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...