More

    Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh Ditahan Di Bawah POCA Selama Dua Tahun

    Suspek utama penjudian dalam talian telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

    Goh Leong Yeong, juga dikenali sebagai Alvin Goh, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam di Johor sementara Addy Kanna ditahan di Penjara Pokok Sena di Kedah.

    Penahanan di bawah POCA diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat lalu.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan itu dan menambah bahawa kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

    Goh dan Addy ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing pada 2 Oktober dan 3 Oktober kerana disyaki terlibat dalam penipuan Macau, perjudian dalam talian secara haram dan bekerja dengan sindiket penipuan asing.

    Kedua-dua lelaki itu kemudian dibebaskan.

    Addy ditangkap polis tetapi Goh melarikan diri dari ibu pejabat SPRM pada 11 Oktober.

    Goh kemudiannya ditangkap pada 27 Oktober.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini