Bekas Suami Terkejut Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta

SHAH ALAM: Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 38, iaitu Dr, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, akui terkejut selepas menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta.

Dr Hafiz Ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan  kepada mahkamah untuk membuat keputusan jumlah tuntutan yang perlu diberikan kepada Lufya.

“Ya, saya terkejut dengan jumlah tuntutan. Saya nak minta maaf, perkara ini privasi dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang sangat terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif berjumlah RM1 juta yang mana pihak plaintif memfailkan tuntutan itu kepada mahkamah pada Oktober tahun lalu.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh, namun tidak mencapai kata sepakat. Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah akan menentukan mengikut syarat tertentu,” ujarnya.

Sementara itu, Lufya yang hadir bersama peguam syarie dan ibunya tidak memberi sebarang respon ketika ditemui pihak media.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Latest articles

Related articles

spot_img