Lubang Benam : Polis Beri Amaran Kepada Pencipta Kandungan

Polis memberi amaran kepada pencipta kandungan, terutama mereka yang menggunakan TikTok, supaya menjauhi tapak lubang benam di Jalan Masjid India.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata beliau mengarahkan anggotanya untuk memantau dan menjauhkan orang awam dari kawasan sekitar, ketika operasi mencari dan pemulihan warga India yang terjatuh sedang berjalan.

Jelasnya, polis tidak mahu kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium terganggu.

Kita tak mahu orang pergi meninjau-ninjau buat TikTok… saya nasihatkan orang ramai supaya faham tempat ini masih dalam kawalan. Jangan bahayakan diri kita, katanya pada sidang media hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m pada 23 Ogos lepas, dihentikan pada 31 Ogos iaitu sembilan hari selepas kehilangannya antaranya kerana faktor keselamatan anggota penyelamat.

Operasi oleh pihak berkuasa kini di fasa pemulihan.

BBerkaitan

Latest articles