LSE Sahkan Jalil Rasheed Bukan Lepasannya

Bekas presiden dan ketua eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed dimaklumkan bukan graduan yang memegang ijazah daripada London School of Economics and Political Science (LSE).

“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa beliau seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE,” demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi jawapan bertulis kepada soalan Anhli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming di sesi Dewan Rakyat, semalam.

Untuk rekod, pada 13 Jun lalu, Jalil menyerahkan surat peletakan jawatan bagi kedua-dua peranan yang dipegang dengan memberi alasan hal peribadi.

Sebelum ini, pelantikan Jalil mencetuskan isu berikutan latar belakang akademik dan pekerjaan yang dikemukakan oleh Jalil melalui PNB kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak konsisten, menyebabkan badan itu membuat inkuiri tentang perkara itu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini