LRT laluan Kelana Jaya terlibat kemalangan berhampiran Stesen Kampung Baru

LRT aliran Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan sebentar tadi selepas kemalangan.

Orang ramai berkongsi gambar di tempat kejadian yang menunjukkan berlaku kecederaan.

Rapid KL dalam facebooknya menjelaskan pasukan penyelamat sedang dihantar ke lokasi kejadian.

BERIKUT KENYATAAN MEDIA PRASARANA MALAYSIA BERHAD

Salam Hormat, kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang berhadapan dengan satu insiden yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya

 


Antara gambar-gambar yang dikongsikan netizen di media sosial

 

BERITA LANJUT MENYUSUL…

BBerkaitan

Latest articles