More

    LIMA’23 Galakan Perkembangan Bidang Sains, Teknologi

    SHAH ALAM: Pakar industri aeroangkasa percaya penganjuran berterusan Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) mampu memberi impak besar kepada perkembangan bidang sains, teknologi dan inovasi negara.

    Ir Norhizam Hamzah mengulas mengenai penglibatan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui segmen Space Tech Nexus.

    Untuk rekod LIMA’23 akan berlangsung di Langkawi, Kedah pada 23 hingga 27 Mei iniml.

    Mengulas lanjut, Norhizam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa-X Innovation Sdn Bhd yakin menerusi segmen Space Tech Nexus, ia mampu menggalakkan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor angkasa di Malaysia, begitu juga di peringkat antarabangsa.

    Pandangan itu disuarakan Norhizam menerusi program podcast ‘Road To Innovation Nation’, satu program khas dianjurkan Agensi Angkasa Malaysia (MySA) sempena LIMA’23.

    “Perkembangan terbaru ini, saya sambut baik dengan usaha kerajaan melalui LIMA ini mahu ketengahkan sektor teknologi angkasa secara khususnya dalam bentuk Space Nexus itu.

    “Saya setuju untuk perkara sebegini perlu kita galakkan supaya masyarakat sendiri lebih terdedah kepada teknologi angkasa lepas, kepada industri dan syarikat terlibat, dan penting juga kepada anak-anak muda kita untuk potensi kerjaya untuk mereka,” katanya lagi.

    Malah, Norhizam percaya penglibatan ini akan menyerlahkan lagi bahawa Malaysia mampu setanding dengan negara luar, terutama dalam pembangunan bidang aeroangkasa.

    “Lagi satu yang kita perlu bawa kepada masyarakat adalah untuk menjelaskan bahawa teknologi angkasa ini, kita mampu (berdaya saing dengan negara-negara maju lain,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini