More

    LIMA’21 Dibatalkan, Ambil Kira Impak Covid-19

    Kementerian Pertahanan memaklumkan membatalkan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21) yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac tahun depan.

    Keputusan itu diambil kerana mengambil kira penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan besar kepada dunia, memandangkan sehingga kini ia belum dapat ditangani sepenuhnya.

    “Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 juga menyedari impak global COVID-19 bukan saja dari sudut kesihatan, malah kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.

    “Justeru, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai lalu telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran LIMA’21 berdasarkan impak ekonomi akibat penularan COVID-19,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan.

    Kenyataan itu menjelaskan impak ekonomi memberi kesan terhadap jumlah penyertaaan dan pelabur dan acara berkenaan.

    Pembatalan itu juga melihat kepada penutupan sempadan dan sekatan perjalanan ke luar negara yang maish diambil oleh kebanyakan negara.

    “Dengan kekangan masa dalam keadaan mencabar, penganjuran acara berskala besar seumpama ini memerlukan tempoh wajar supaya dapat dirancang secara teliti dan terperinci.

    “Ia termasuk menjalankan aktiviti promosi dan publisiti bagi mendapatkan sasaran penyertaan serta memenuhi keperluan pelbagai sektor berkaitan,” menurut kenyataan itu.

    Penganjuran LIMA’21 jika diteruskan, turut melibatkan peningkatan kos penganjurannya memandangkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini