Lima Mangsa Helikopter Mendarat Cemas Selamat

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter milik syarikat swasta terhempas dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.15 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan seorang kakitangan jururawat retak tulang peha, manakala empat lagi dilaporkan cedera.

Kesemua mangsa telah ditemui pada pukul 3.51 petang tadi dalam Operasi Cari Lamat.

Terdahulu helikopter jenis Eurocopter AS 355 F2 itu melakukan pendaratan cemas di kawasan berhampiran Big Red Brinchang kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Seramai 21 orang anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang terlibat dalam operasi tersebut dibantu 25 pegawai JBPM Perak bersama pihak polis dan seorang pegawai perubatan.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Pedro dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Zulfadli berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Cameron Highland untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan berasingan mengesahkan kesemua lima penumpang dan seorang juruterbang helikopter itu dalam keadaan stabil.

BBerkaitan

Latest articles