Lim Guan Eng Yakin Muhyiddin Kini Tiada Sokongan Majoriti Di Parlimen

Gabungan Perikatan Nasional dituduh berada dalam satu keadaan yang digelarkan “krisis kekal” dan Malaysia pula tersepit dalam krisis politik kerana kerajaannya ditadbir oleh seorang Perdana Menteri dari parti yang minoriti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata persengketaan terbuka antara UMNO dan Bersatu yang kedua-duanya sebahagian daripada kerajaan PN menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini tidak ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Kehilangan majoriti Muhyiddin berlaku walaupun PN di sebalik tindakan lompat parti melibatkan Ahli Parlimen PKR, katanya.

Lim berkata, kerajaan Muhyiddin terselamat daripada undian kurang percaya hanya kerana Parlimen digantung akibat darurat, dan mempunyai Speaker yang dilihat “tunduk serta lebih memenuhi kepentingan Muhyiddin berbanding Parlimen yang sepatutnya dipertahankan dan dilindunginya.”

BACA JUGA : Pharmaniaga Akan Bekal Dan Edar 200,000 Dos Vaksin SINOVAC

Lim turut mengetengahkan beberapa isu seperti kemelesetan ekonomi, pengurangan pelaburan asing dan penalti tinggi bagi kesalahan perintah kawalan pergerakan, sebagai contoh kegagalan kerajaan PN.

Selain itu, Lim juga menyelar Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang kini menteri kanan dan ahli PPBM.

Beliau menuduh Hadi sebagai hipokrit kerana mengatakan golongan bawah usia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi sedangkan had usia minimum untuk keahlian PAS adalah 13 tahun.

Lim mempertikaikan bagaimana mereka yang berusia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi, sebaliknya usia 13 tahun sudah cukup matang pula untuk menjadi ahli PAS.

BBerkaitan

Latest articles