“Lihat Nanti” – KJ Jawab Tanding Jawatan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, enggan mengesahkan sama ada beliau akan sekali lagi melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun depan.

“Let’s see (kita lihat nanti),” jawabnya ringkas.

Bekas Menteri Kesihatan itu terlebih dahulu ditanya pemberita adakah beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO buat kali kedua pada pemilihan parti itu nanti.

Sebelum itu, Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan hanya tergelak apabila diajukan soalan berkenaan.

Ketika kempen pilihan raya di Parlimen Sungai Buloh bulan lalu, Khairy dilaporkan menyatakan hasrat untuk menawarkan diri menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri satu masa nanti.

Bagaimanapun, ketika itu beliau tidak menyatakan bila akan bertanding jawatan dalam parti.

Ketika berucap pada Majlis Silaturahim bersama Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (PERAKAM) di Kelab Rahman Putra, pada 11 November lalu, Khairy secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan parti.

BBerkaitan

Latest articles