More

    LHDN Serbu Kediaman Wakil Rakyat Parti Warisan Sabah

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah mendakwa serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke kediamannya semalam bermotifkan politik supaya meninggalkan Parti Warisan Sabah.

    Masiung merupakan bekas naib presiden Upko dan menyertai Warisan selepas beberapa minggu meninggalkan parti terdahulu.

    Beliau berkata demikian mengulas kehadiran sembilan pegawai daripada LHDN pada jam 9 pagi semalam di kediamannya, di Kepayan.

    Malah, tiada notis awal dimaklumkan LHDN kepada dirinya sebelum serbuan dilakukan.

    Masiung memberitahu kesemua mereka hanya mengambil gambar di pelbagai sudut rumahnya, dan tiada sebarang dokumen dirampas.

    “Mereka sampai depan rumah pukul 9 pagi dan masuk pada pukul 12 tengah hari serta menunjukkan kad kuasa sebagai pegawai LHDN.

    “Kami tidak tahu motif mereka kerana tidak dimaklumkan cuma yang pasti mereka ambil banyak gambar dalam rumah,” katanya memetik laporan Sabah Post.

    Beberapa hari lalu, Masiung bertindak membuat laporan polis di Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas menerima ancaman daripada beberapa individu yang tidak dikenali di kediamannya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini