Letupan Di Beirut Berpunca Dari 2,750 Tan Baja Ammonia Nitrat

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab memaklumkan kejadian letupan dasyat yang menggegarkan Beirut pada petang semalam berpunca daripada baja ammonia nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan selama bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Sehingga kini lebih daripada 70 orang dilaporkan maut dan angkanya dijangka bertambah, begitu juga mereka yang tercedera dianggarkan lebih daripada 3,000 orang.

“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.

Dimaklumkan bahawa baja ammonia nitrat itu sudah dirampas beberapa tahun sebelum ini dan disimpan di gudang yang berdekatan dengan lokasi beli-belah dan riadah orang ramai.

Beirut kini diisytihar sebagai zon bencana dan negara-negara luar dirayu untuk menghulurkan bantuan.

Ekonomi Lubnan sejak kebelakangan ini dilaporkan semakin merudum dan tragedi terbaru ini dilaporkan menambahkan lagi kesan kepada negara berkenaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini