Lesen Penerbangan MYAirline Digantung

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan membuat keputusan untuk mengantung lesen penerbangan syarikat penerbangan tambang murah, MyAirline, untuk sementara waktu.

Menurut Menterinya, Anthony Loke, tindakan itu diambil selepas MyAirline menghentikan operasi penerbangan dengan hanya dengan memberi alasan untuk mencari pelabur sebelum beroperasi semula.

“Saya difahamkan syarikat itu masih wujud, dia kata dia berhentikan operasi sementara nak mencari pelabur, itu isu komersial mereka.

“Tapi di pihak berkuasa, kita akan menggantung lesen mereka sementara waktu,” katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, MyAirline dalam satu kenyataan mengumumkan penggantungan operasinya berkuasa 12 Oktober lalu.

Menurut syarikat penerbangan itu, tindakan tersebut akan berlanjutan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MyAirline berkata, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturkan semula pemegang saham dan penjenamaan semula modal syarikat itu.

Susulan insiden itu, Anthony memberitahu, kementeriannya akan membahaskan satu usul di Kamar Khas di Parlimen petang ini berkenaan keputusan syarikat penerbangan terbabit.

“Satu usul juga akan dibahaskan di Kamar Khas Parlimen pada petang ini, timbalan saya akan menjawab persoalan sebab saya kena pergi ke luar negara petang ini.

“Timbalan Menteri Pengangkutan akan menjawab di Kamar Khas di Parlimen, kita akan menjawab segala isu yang timbul,” katanya.

Anthony turut mengingatkan pengurusan MyAirlines agar bertanggungjawab terhadap pelanggan dan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.

“Paling penting sekarang ini kita nak pastikan hak pengguna terpelihara, dipertahankan, mereka ada hak untuk mendapat bayaran balik, isu ini sesuatu yang amat penting kita kena pastikan.

“Kebajikan 900 pekerja MyAirlines juga dijaga. Jadi pihak syarikat diingatkan bahawa mereka ada tanggungjawab dalam kedua-dua aspek ini iaitu aspek pelanggan dan pekerja, ini mesti dijaga dahulu,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles