Lelaki Warga Australia “Kantoi” Kencing Di Tiang Pasar Raya Serah Diri

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan susulan tular seorang pemandu Mazda yang membuang air kecil di tiang tempat parkir kereta sebuah pasar raya di Subang dalam kejadian 16 November lalu.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 11.15 pagi selepas menyerah diri di balai.

Lelaki warga Australia itu datang ke balai selepas polis mengeluarkan kenyataan mengesannya.

“Lelaki berkenaan yang memegang status Pemastautin Tetap dan datang ke Malaysia untuk melawat keluarganya di sini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

BBerkaitan

Latest articles